Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk membina laluan keselamatan di antara sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Ia sebagai persiapan perpindahan ibu negara indonesia di Nusantara Menjelang 2045.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata setakat ini pihak Indonesia telah membuat persediaan di sepanjang sempadan Kalimantan.
Satu batalion baharu pasukan gerakan am akan ditubuhkan di Sri Aman yang dijangka beroperasi di Kem Temudok Jun tahun ini.

Jelas Hazani Ghazali berkata ia akan berperanan penuh menjaga dan mengawal keselamatan sempadan.